expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Words ;)Hey awak , yg depan lappy tuhh. Welcome to my blog yahh , do follow me :)Assalamualaikum, Hai Reader Welcome To My Blog. A Muslim who meets with others and shares their burdens is better than one who lives a life of seclusion and contemplation :)

Thursday, January 24, 2013

Merindui Rasul Allah :')

Assalamualaikum W.B.T
Ya Allah, rasanya dah lama sgt tak updated belog ni haa. Almaklumlah kita mana ada masa sgt skrg ni. Hm busy berPBS. Dengan perasaan yg takut, risau dan pelbagai rasa lagi lah. Result penggal satu mybe keluar bulan3. Awak doakan saya yee. Result best sampai penggal3, tahun depan dah boleh buat degree. Wah! Kejap jee rasanya, and tahun depan dah 20. Eah betul kee tahun depan kita dah 20? Eah, betul lah :') Ya Allah, terimakasih Ya Allah bagi peluang pada hamba-Nya ini utk terus hidup dan bakal jadi anak yg satu hari nanti akan mampu menjaga kedua ibu bapanya. Okay, memandangkan hari ni cuti dan tak kemana-mana kita ambil lah kesempatan nak mengupdate belog pada hari yg istimewa ni. Hari ni 12 RabiulAwal 1434H ulang tahun kelahiran Rasul Allah yg menjadi idola kita umat Islam, Muhammad S.A.W :') So hari ni nak share lah sikit something yg boleh kita belajar sesama. Jom :)
BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

Alhamdulillah. So, itulah yang ingin saya kongsikan dengan anda semua *Cettt, ayat tak ade lagi sekema agaknya. Sekian. Assalamualaikum :)



NotaDariHati: #SalamMaulidurRasul. Sama-samalah kita berselawat untuk jujungan Rasul Allah, Muhammad S.A.W. Semoga kita mendapat syafaat di dunia dan akhirat. In Sha Allah :')


♡ Salam Ukhuwah Fillah ♡ Syukran Jazilan because visit here ツ

No comments:

Post a Comment