expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Words ;)Hey awak , yg depan lappy tuhh. Welcome to my blog yahh , do follow me :)Assalamualaikum, Hai Reader Welcome To My Blog. A Muslim who meets with others and shares their burdens is better than one who lives a life of seclusion and contemplation :)

Friday, December 21, 2012

A Letter For My Future Zauj


Assalamualaikum w.b.t
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dear My Future Zauj,
I as your future wife will waiting you until in our akad *sorry kalau ayat kita salah, kita sekolah dulu tak pandai BI selalu exam dapat B jee. Hihi. Saya mengharapkan awak mempunyai ciri-ciri yang sederhana. Tak handsome tak apa asalkan ada rupa ImanNazri comel jee, manis jee. Hihi *memilih namanya ni. Yang penting hati ikhlas terima kelebihan dan kekurangan saya. Saya banyak kekurangan, saya cepat kecil hati, saya cepat merajuk, saya kuat jelous, saya suka nangis, saya tak boleh tengok orang nangis nanti mesti nak nangis sama :') Tapi saya nak jadi macam ayah saya, dia tabah, hati dia baik, nak tolong orang walaupun dia sendiri susah :') Awak jangan jelous tahu nanti kalau saya selalu lebihkan ayah saya daripada awak. Awak jangan risau, In Shaa Allah saya tak akan membelakangkan awak, saya tahu, orang cakap bila seseorang wanita itu dah bernikah maka syurga dia adalah di bawah telapak kaki si suami, right? :') Awak saya harap awak ada ciri2 macam ni :
*Iman yang kuat/kesabaran yang tinggi
saya tahu setiap insan tak sempurna, tapi saya mengharapkan awak dapat membimbing saya, menjaga saya, melindungi saya, sentiasa bagi saya semangat bila saya jatuh, selalu ada bersama-sama saya dalam susah dan senang *ecehh, sweetnya :') awak saya tahu kekurangan saya, jadi saya harap awak sabar dengan sikap saya, terima saya seadanya, boleh? :') saya harap awak boleh jadi air tatkala saya menjadi api. In Shaa Allah, saya juga akan jadi air sebagai penawar tatkala api kemarahan awak. saya harap Iman awak kuat, kuat untuk menahan dari sebarang godaan yang boleh mengundang fitnah. awak, saya mengaharapkan kesabaran serta kekuatan Iman awak akan menjadi kekuatan untuk saya juga :')


Awaklah, bakal SUPERMAN yang BERIMAN
yang akan sentiasa bersama saya nanti :')
*Kebolehan menyanyi mengaji
okayy awak ni part yang paling penting kay. awak pandai nyanyi tak? hihi :) tak merdu tak apa asalkan awak pandai nyanyi , kalau boleh biarlah sampai mengalir air mata saya bila dengar awak nyanyi :') awak, nanti awak boleh ajar bakal-bakal perjuang Islam kita untuk berjihad ke jalanNya :) tapi biarlah berpada-pada agar tidak terpesong dari jalanNya, In Shaa Allah. 


Awak, In Shaa Allah satu hari nanti, lepas kita solat
maghrib sesama :')
*Paras rupa dan harta benda
awak biarlah tak handsome paras rupa tapi akhlak awak handsome, sejuk jee mata memandang, tapikan kalau boleh nak lah secomel ImanNazri. hihi *okay tak? okay tak? ;) awak janganlah ambil hati kay, ini gurauan semata-mata. awak biarlah awak miskin harta tapi awak kaya dengan Iman. tapi tak naklah miskin sgt sampai nak bagi makan and sekolah anak-anak pun tak boleh, susah jugak tu. kesian bakal anak-anak kita. hihi. and saya pasti kalau saya tak cantik *tapi manis tu ada kot :) dan awak tak handsome *tapi sweet tu ada kot :) bakal anak-anak kita kalau lahir tetap comel-comel *nak sedapkan hati sendiri. hihi :D 


Gambar di atas tiada kena mengena dalam cerita ini. Itu model
untuk enrty kali ni, ImanNazri :) Awak, tak apa kalau awak
tak secomel ImanNazri ni, tapi penampilan awak saya harap
biasa-biasa jee macam dia, tak pulak sampai bersarban habis.
Tapi In Shaa Allah, Iman dalam hati sekuat 'badang'. Hihi :')


Awak tak banyakkan saya mintak. Yang mudah-mudah jee kan. Adakah semua itu membebankan awak? Awak saya harap perkenalan kita biarlah bermula daripada sebagai seorang kawan, teman dan sahabat, biarlah tiada istilah 'couple' sepanjang perkenalan kita. Kekasih? Saya nak jadi kekasih awak selepas kita diijab kabulkan, saya nak rasa nikmat bercinta selepas nikah dan saya nak cakap 'saya sayang awak' setiap hari selepas akad kita :') Awak, terimalah saya seadanya, saya bukan insan yang sempurna tetapi saya cuba untuk menjadi yang sempurna dihati awak :') Awak, sekiranya itu jodoh kita, Alhamdulillah, percayalah yang awak dah bertemu dengan tulang rusuk kiri awak dan saya percaya awaklah pemilik tulang rusuk tersebut :')


Assalamualaikum w.b.t





Nota Dari Hati: Ya Allah, Kau pertemukanlah aku dengan insan yang mampu membimbing aku ke jalan syurgaMU. Amin :')

♡ Salam Ukhuwah Fillah ♡ Syukran Jazilan because visit here ツ

No comments:

Post a Comment