expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Words ;)Hey awak , yg depan lappy tuhh. Welcome to my blog yahh , do follow me :)Assalamualaikum, Hai Reader Welcome To My Blog. A Muslim who meets with others and shares their burdens is better than one who lives a life of seclusion and contemplation :)

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah :)

Hai awak semua. Apa khabar? Sihatkan, Alhamdulillah :) And Alhamdulillah dalam tak sedar dah masuk tahun baru Maal Hijrah kan. So, kat sini nak kongsi sikit maksud Maal Hijrah. InsyaAllah.



Maal bermaksud "bersama".
Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".
HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.
 

Act, saya pun baru jee nak berubah ke arah yg lebih baik, InsyaAllah Allah sentiasa akan beri saya ruang untuk sentiasa mendekati-Nya dengan lebih rapat. Hm, siang tadi ada tengok satu rancangan televisyen yang memaparkan kisah dua orang non-muslin yang dah pun menganut agama Islam *Eah, tetiba ayat jadi skema. Hehe :) Okay, back to the story Badaa kagum, why? Sebab yang seorang tu dia tertarik dengan Islam pun masa kat sekolah ada seorang Ustazah dia yang tak membezakan agama or kaum lain kat sekolah dia. Hm, kalau dia hanya tertarik dengan Islam melalui perlakuan Ustazah dia dan mampu mempelajari Islam sedalam-dalamnya, ini kan kita yang sudah daripada azali lagi dilahirkan sebagai seorang Islam. Hm, Badaa bersyukur sebab dapat sahabat yang sentiasa menyokong dan bagi nasihat untuk berubah. Alhamdulillah :') 

Dua orang yang sering bagi ceramah free :)

Yang kanan sekali sahabat baru :)

Act, tadi Badaa ada baca satu blog ni. Hm, dia ada beritahu yang pernah ke satu ceramah tentang Maal Hijrah. So, kat sini Badaa nak sharelah apa yang Badaa dah baca kat blog dia tadi. Ada 2 isi yang menarik dalam ceramah tu.






1st, berkaitan dengan kebesaran sambutan maal hijrah, beliau menberitahu kebesaran apabila kita menbaca doa akhir tahun. dinyatakan bahawa sesiapa yang membaca doa akhir tahun maka Allah s.w.t akan mengampuni dosa-dosanya sepanajang tahun itu. Maka tergolek-golek dan menyatakan celaka keatas dirinya kerana usahannya sepanjang tahun mengoda manusia telah diampunkan Allah s.w.t apabila anak adam menbaca doa akhir tahun. selepas maghrib, sekali lagi anak-anak adam menbaca doa awal tahun,maka sekali lagi syaitan menyatakan celaka keatas dirinya kerana anak adam telah mendapat perlindungan dan keredhaan Allah s.w.t. begitu mudah Allah s.w.t mengasihi hamba-hambanya, tapi kita mesti ingat jangan kita pula mengunakan hukum sendiri tidak beribadat kerana sudah diampunkan Allah sepanjang tahun adalah satu satu pandanagn yang salah. mari kita saling nasihat-mengnasihati kejalan yang diredhai Allah. amin3x

2nd, saudara hasan ada juga menceritakan kehebatan ilmu rasullulah s.a.w, para sahabat, dan para ulamak2 terkenal. Mereka begitu fasih dengan ilmu al-quran dan sentiasa mencari keredhaan Allah s.w.t. Dalam masa yang sama Allah s.w.t mengurniakan nikmat dengan ilmu duniawi seperti matematik dan sains. Penguasaan orang islam ketika dahulu adalah disebabkan ketaatan kepada Allah s.w.t. "belajar sedikit tapi Allah dah bagi banyak" ungkapan yang sesuai untuk mereka yang mendapat keredhaan Allah s.w.t.




Hm, mybe tu jee kot yang Badaa dapat kongsi. Almaklumlah saya budak masih belajar :)
                                                               

Note: Maal hijrah dalam konteks hari ini adalah perubahan dari yang tidak baik ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah, saya  sedang beristiqomah untuk sentiasa bertudung labuh atau lebih tepat menutup aurat dengan cara yang betul. InsyaAllah :')



♡ Salam Ukhuwah Fillah ♡ Syukran Jazilan because visit here ツ

No comments:

Post a Comment